300 sertai Larian Bandar Bintulu 2019

BINTULU: Seramai 300 pelari menyertai Larian Bandar Bintulu atau Bintulu Town Run 2019 sejauh lima kilometer anjuran Kelab Pelari Bintulu(Bintulu Runner Club).

Simbolik pelepasan peserta disempurnakan pengerusi kelab berkenaan, Shirley Ting Siaw Chui.

Beliau menzahirkan perasaan gembira ekoran program tersebut mendapat sambutan yang mengalakkan dari segenap lapisan peringkat umur dan masyarakat berbilang kaum di bandar Bintulu.

Mewakili kelab terbabit, beliau bersyukur dengan kejayaan pihaknya dalam penganjuran larian tersebut, walaupun, sebelumnya terdapat sedikit pertikaian.

Pada masa yang sama, Shirley turut merakamkan penghargaan kepada sokongan dan penajaan dari SJK Chung Hwa 2, Air MOMA, Signcraft Town Oil, Studio 29, WOWSomeSwk termasuk sokongan dan usaha keras ahli jawatan kuasa kelab dan pelari yang menyertai program larian tersebut.

Antara objektif larian itu adalah bagi memupuk amalan gaya hidup sihat di kalangan masyarakat Bintulu, khasnya.