ARTIKEL

Gambar fail

Aaron Chia-Soh Wooi Yik bermandi peluh sebelum berjaya lolos ke pusingan kedua

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki utama Aaron Chia-Soh Wooi Yik mengetuai cabaran wakil Malaysia yang berjaya meloloskan diri ke pusingan kedua kejohanan badminton Terbuka Singapura 2024 di Stadium Tertutup Singapura, semalam.

Pada aksi pusingan pertama, bekas juara dunia itu diberi saingan hebat pasangan Taiwan Chang Ko-chi-Po Li-wei sebelum meraih kemenangan 22-20, 21-17 dalam tempoh 41 minit.

Gandingan kelima dunia itu yang dilihat sebagai prospek pingat negara di Sukan Olimpik Paris 2024 bermula Julai depan akan bertemu beregu Taiwan Lee Yang-Wang Chi-lin.

Aaron-Wooi Yik sebelum ini mengalami kekecewaan selepas terkandas di pusingan suku akhir kejohanan Masters Malaysia, minggu lepas.

Mengiringi kemaraan Aaron-Wooi Yik ialah satu lagi beregu lelaki negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun yang menundukkan gandingan Thailand Supak Jomkoh-Kittinupong Kedren 21-12, 21-11 dan akan membuat perhitungan berdepan pilihan kelima kejohanan dari Denmark Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.

Dalam saingan beregu campuran, gandingan negara Tan Kian Meng-Lai Pei Jing mengalahkan pasangan Jerman Jan Colin Voelker-Isabel Lohau 21-14, 21-11 dan akan bertemu Robin Tabeling-Selena Piek dari Belanda di pusingan kedua.

Dalam pada itu, pemain perseorangan profesional wanita negara Goh Jin Wei terkandas di pusingan pertama selepas tumbang 20-22, 18-21 kepada pilihan ketiga kejohanan Carolina Marin dari Sepanyol.

Terdahulu, pemain perseorangan lelaki nombor satu negara Lee Zii Jia terpaksa menarik diri daripada kejohanan akibat kecederaan hamstring yang dialami sekali gus menyaksikan Anthony Sinisuka Ginting dari Indonesia diberikan kemenangan percuma.– BERNAMA

BERITA LAIN

KGS anjur kejohanan golf profesional

SIBU: Buat julung kalinya, Kelab Golf Sibu (KGS) akan menganjurkan kejohanan golf profesional di sini. Presiden KGS, Wong Pak Cheng, berkata kejohanan profesional itu ialah

BERITA TERBARU

Enam ekor lembu mati dilanggar treler

ALOR GAJAH: Enam ekor lembu mati dilanggar sebuah treler di Jalan Cherana Putih di sini pagi tadi. Ketua Polis Daerah Alor Gajah SUPT Ashari Abu

MCMC, PDRM banteras kegiatan pancing data

PUTRJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia berjaya membanteras kegiatan memancing data (phishing) melalui pautan khidmat pesanan ringkas (SMS) menerusi