ARTIKEL

Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Jii Zia mara ke pusingan kedua Terbuka India

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik dipaksa berkerja keras untuk mara ke pusingan kedua Terbuka India setelah menundukkan wakil Jepun, Akira Koga-Taichi Saito pada pusingan pertama kejohanan itu di New Delhi, semalam.

Aaron-Wooi Yik yang berada di ranking keempat dunia, menampilkan persembahan seimbang di awal permainan bagi melakar kemenangan set pertama 21-9 pada perlawanan yang berlangsung di K.D Jadhav Indoor Hall itu.

Koga-Saito bangkit dengan menjinakkan beregu negara 21-19 pada set kedua sebelum beregu negara menoktahkan kemenangan di set penentuan dengan 21-14.

Pada pusingan kedua hari ini, Aaron-Wooi Yik akan berdepan satu lagi beregu Jepun, Kenya Mitsuhashi-Hiroki Okamura yang menewaskan wakil tuan rumah, Krishna Prasad-Sai Pratheek 21-14, 21-11.


Mengiringi kemaraan mereka, perseorangan profesional lelaki negara Lee Zii Jia selepas mudah menundukkan wakil Kanada, Brian Yang dengan straight set 21-17 dan 21-19.

Menanti Zii Jia di pusingan kedua adalah pilihan kelima dari Indonesia, Jonatan Christie yang mudah menewaskan pemain Hong Kong, Ng Ka Long 21-13, 21-7.

Sementara itu, beregu lelaki negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei turut melangkah ke pusingan kedua selepas mengetepikan cabaran beregu Kanada, Adam Dong-Nyl Yakura 21-11 dan 21-5 dalam pertarungan 30 minit.

Gandingan negara yang kembali bergandingan pada Jun lalu itu akan bertemu beregu China, Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi.

Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei turut sama melangkah ke pusingan 16 terbaik selepas menewaskan wakil Indonesia, Rinov Rivaldy-Pitha Haningtyas Mentari 14-21, 21-11, 21-11.

Mereka dijadual bertemu gandingan Thailand, Dechapol Puavaranukroh-SapsireeTaerattanachai.

Bagaimanapun, beregu campuran profesional negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing terkandas pada pusingan pertama itu di tangan gandingan Jepun, Yuta Watanabe-Arisa Higashino 7-21 dan 12-21.– BERNAMA

LAIN-LAIN BERITA

Harimau Malaya pindah kandang jika…

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) mempunyai perancangan sekiranya Stadium Nasional Bukit Jalil tidak bersedia untuk perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 antara Harimau

Pencarian bakat baharu di Betong

BETONG: Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Betong (BDFA), Abang Suhordie Abang Zaini, menzahir ucapan terima kasih kepada pihak Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) Sarawak

BERITA TERBARU