ARTIKEL

Pemain beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik | Bernama

Aaron-Wooi Yik beri tumpuan aspek kecergasan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Aspek kecergasan menjadi fokus utama buat Aaron Chia–Soh Wooi Yik menjelang saingan musim baharu Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) tahun depan, dengan Terbuka Malaysia yang bermula pada 6 Jan menjadi kejohanan pembuka tirai.

Aaron berkata beliau bersama-sama gandingannya kini memberikan penekanan khusus terhadap peningkatan tahap kecergasan, sejajar dengan keperluan fizikal yang semakin mencabar berikutan peningkatan usia dan kepadatan jadual kejohanan.

“Kami harap dapat kekalkan kecergasan dan tahap fizikal.

Kami pun selalu mengikuti program latihan yang dibuat, memang ada program pemulihan, jadi itu bukan satu masalah,” katanya ketika ditemui selepas sesi latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM), di sini semalam.

Sementara itu, Aaron menyambut baik cadangan Pengarah Kejurulatihan Beregu Negara Rexy Mainaky untuk memilih kejohanan tertentu yang akan disertai oleh pemain kebangsaan.

Menurut Aaron, beliau berharap untuk beraksi kurang daripada 20 kejohanan menjelang saingan musim depan bagi memastikan keadaan dan kecergasan mereka sentiasa berada pada tahap terbaik.

”Mungkin kira-kira 18 hingga 20 (kejohanan) tahun depan, tetapi kami akan cuba buat bawah 20.

“Saya harap kami juga boleh kekalkan ranking dalam kelompok tiga teratas kerana kadang-kadang kedudukan itu membantu dari segi undian,” katanya. — Bernama

BERITA LAIN

Satu Gol Ranap Impian KCFC

KUCHING: Hanya satu gol memisahkan Kuching City FC daripada memburu kemenangan pertama dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 apabila skuad The Cats terpaksa berputih

BERITA TERBARU