ARTIKEL

Gandingan Aaron-Wooi Yik fokus ketika menumpaskan gadingan dari Indonesia. (AWANG AZMIL - TVS)

Aaron-Wooi Yik mara ke final beregu lelaki Sukan SEA

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Malaysia mara mudah ke pusingan akhir beregu lelaki Sukan SEA apabila pasangan beregu negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik, menewaskan gandingan Indonesia, Leo Rolly Carnando dan Bagas Maulana, dengan keputusan straight set 21-10, 21-12.

Sepanjang aksi dua set yang berlangsung di Universiti Thammasat, Kampus Rangsit, Aaron dan Wooi Yik mempamerkan permainan mantap serta dominan di atas gelanggang, sekali gus mengesahkan tempat ke final bagi perebutan pingat emas.

Aaron, ketika ditemui selepas perlawanan, berkata fokus kini sepenuhnya tertumpu kepada aksi final esok dengan sasaran menghadiahkan pingat emas kepada kontinjen negara.

“Perancangan kami adalah untuk mendapatkan satu pingat emas buat pasukan Malaysia.

“Kami berharap dapat mengekalkan prestasi yang kami tunjukkan hari ini,” katanya.

Sementara itu, Wooi Yik turut menegaskan bahawa pingat emas sentiasa menjadi matlamat utama mereka berdua serta seluruh pasukan negara.

“Kami hanya mahu berjuang untuk pingat emas. Walaupun berdepan tekanan, kami tetap berusaha memberikan yang terbaik,” ujarnya.

Dalam satu lagi aksi separuh akhir, pasangan negara, Man Wei Chong dan Tee Kai Wun, tewas kepada gandingan Indonesia, Sabar Karyaman Gutama dan Moh Reza Pahlevi Isfahani, dengan keputusan 16-21, 17-21.

Kekalahan tersebut menyaksikan mereka sekadar berpuas hati dengan pingat gangsa, namun Wei Chong mengakui perlawanan itu memberi banyak pengajaran berharga.

“Kami masih perlu memperbaiki banyak perkara, terutama dari segi konsistensi dan ketenangan di gelanggang,” katanya.

Kai Wun pula berkata, mereka telah mencuba sebaik mungkin, namun menerima keputusan tersebut dan akan terus berusaha dalam kejohanan akan datang.

Susulan itu, Aaron dan Wooi Yik akan bertemu pasangan Indonesia, Sabar Karyaman dan Moh Reza Pahlevi Isfahani, pada aksi final esok yang dijangka menyajikan pertembungan sengit dan bertenaga.

Terdahulu, pasangan beregu campuran negara, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei, tewas kepada pasangan Thailand, Ruttanapak Oupthong dan Jhenicha Sudjaiprapat, dengan keputusan 15-21, 16-21 pada perlawanan separuh akhir, sekali gus menyumbang pingat gangsa kepada Malaysia.

BERITA LAIN

Satu Gol Ranap Impian KCFC

KUCHING: Hanya satu gol memisahkan Kuching City FC daripada memburu kemenangan pertama dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 apabila skuad The Cats terpaksa berputih

BERITA TERBARU