ARTIKEL

Johnny Tuk dengan single baharunya, Aba Tagan Aku.

‘Aba Tagan Aku’ nyanyian Johnny Tuk janjikan kelainan kepada peminat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Bintang rock Bidayuh, Johnny Tuk telah melancarkan single terbaharunya berjudul “Aba Tagan Aku” (Jangan Tinggalkan Aku) yang menjanjikan kelainan buat peminat setianya.

Lagu baharunya itu merupakan hasil ciptaan Daren Sundang dari band Woodengun dan disusun oleh Berniel Joel Geres dan Nield Goodman.

Johnny, 46, yang dikenali membawa lagu genre rock ballad dan slow rock oleh peminatnya berkata, lagu baharunya itu lebih ke arah rock moden, sesuatu yang luar dari kebiasaan oleh pendengarnya.

“Lagu ini bukan lagu tipikal yang pernah dinyanyikan sebelum ini seperti balada dan rentak rock yang perlahan.

“Yang baharu ini lebih moden, saya dan Bernie membuat sedikit perubahan untuk mengubah kepada rentak yang lebih moden.

“Saya berharap kelainan yang saya cuba bawakan dalam lagu ini mendapat tempat di hati peminat saya,” katanya kepada Suara Sarawak.

Menurutnya, lagu ini berkisar dua insan yang terpisah dan kemudiannya bertemu semula dan enggan lagi berpisah sepatutnya dirakam sekitar tahun 2020 dan 2021 namun atas kekangan masa ia ditunda sehingga ke tahun ini.

Johnny berkata, sejak lagu itu dimuat naik pada 21 Mei, ia mendapat lebih 9,000 tontonan dan diharapkan jumlah tersebut akan terus meningkat selepas ini.

Johnny Tuk merupakan pemenang Anugerah Carta Lagu Bidayuh (ACLB) edisi kelapan dan juga pemenang vokal terbaik untuk anugerah tersebut.

Beliau mula aktif dalam industri seni muzik sejak 2010 mempunyai lapan single termasuk single yang popular iaitu Nampas Pinguji yang membolehkan beliau menjuarai ACLB.

Johnny sebelum ini juga aktif dalam band yang dianggotainya iaitu Crozol dan beberapa band projek seperti Angin, Ikan Masin dan Superfriends.

Selain itu beliau juga akan berkolaborasi dengan band tempatan, YY Pang dalam melancarkan single baharu tahun ini.

BERITA LAIN

Rujuk status tanah sebelum buat rumah

BINTULU: Penduduk khususnya di rumah panjang perlu merujuk status tanah kepada agensi berkaitan terlebih dahulu, sebelum mendirikan perumahan baharu di kawasan yang dikenal pasti. Menteri

Optimum infrastruktur kuasa hidro negara

KUCHING: Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berminat untuk bekerjasama dengan Sarawak Energy Berhad, Persatuan Tenaga Hidro Antarabangsa (IHA) dan Perikatan Boleh Diperbaharui Global

BERITA TERBARU