ARTIKEL

Dato Idris Buang

Abaikan laman berita yang gugat keharmonian di Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Datuk Idris Buang menyelar tindakan individu yang menulis artikel penuh dengan ‘racun’ yang jelas menimbulkan kesan buruk dan menggugat keharmonian di Sarawak khususnya, dan Malaysia amnya.

Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu menegaskan bahawa laman-laman ini pada dasarnya adalah penyebar maklumat palsu dan bertindak seperti peramal malapetaka.

Beliau mendedahkan bahawa telah melihat satu artikel baru-baru ini yang mencemarkan imej Sarawak dan pemimpinnya.

“Penulis tersebut jelas sekali berusaha menimbulkan ketidakamanan dan kegusaran dalam kalangan rakyat, terutama mereka yang kurang arif tentang politik.

“Penulis itu penuh dengan keangkuhan dan tidak segan-segan melontarkan penghinaan terhadap pemimpin politik Sarawak dengan kenyataan berniat jahat dan fitnah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Justeru, ADUN Muara Tuang itu mengingatkan dan menasihati rakyat Sarawak agar mengabaikan laman-laman berita atau portal dalam media sosial yang menyebarkan artikel-artikel oleh penulis yang tidak sehaluan dan cemburu dengan kestabilan politik serta keharmonian di Sarawak.

Tambahnya, rakyat Sarawak secara amnya menyanjung tinggi pemimpin politik mereka, terutama Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

BERITA LAIN

Kerap pantau harga barang

SIBU: Impak kenaikan harga diesel di Semenanjung kemungkinan akan memberi kesan kepada Sabah dan Sarawak. Kebimbangan ini disuarakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit

BERITA TERBARU