ARTIKEL

Abang APM, terima kasih selamatkan Melody

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SARIKEI: Seekor kucing betina berusia lapan bulan yang tersangkut di atas di bumbung sebuah rumah diselamatkan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), di Jalan Abang Haji Karim di sini,  hari ini.

Kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu disedari pemiliknya, Zuraidah 50, selepas terdengar bunyi bising di atasi bumbung rumah mereka.

Menurutnya, dia menemui kucing yang bernama Melody itu di Jalan Nyelong sebelum memelihara dan membesarkannya.

“Ini merupakan kejadian pertama dan sebelum ini, Melody tidak pernah merayau hingga ke atas bumbung,” katanya kepada Suara Sarawak.

Katanya, bimbang keselamatan kucing itu, dia segera menghubungi talian kecemasan untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sarikei, Leftenan Pertahanan Awam,  Shahrol Azizi Zaidi berkata, sepasukan anggota bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan pada jam 11.38 pagi.

Katanya, pasukannya terpaksa menggunakan tangga untuk mengeluarkan haiwan itu berikutan kedudukan bumbung rumah yang tinggi.

“Operasi menyelamatkan kucing itu hanya mengambil masa kira kira enam minit,” ujarnya.

LAIN-LAIN BERITA

BERITA TERBARU