Teruna berani buka perniagaan syarikat bukan bumiputera

Trending

Abang bakar adik

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Seorang pemuda yang mengaku bersalah mencederakan adiknya menggunakan api telah dijatuhi hukuman menjalani pemulihan akhlak di sekolah Henry Gurney sehingga berusia 21 tahun, semalam.

Hakim Mohd Taufik Mohd Yusof mengarahkan pemuda berusia19 tahun itu menjalani pemulihan akhlak setelah dia mengaku bersalah di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman maksimum 20 tahun penjara serta sebatan.

Tertuduh mengaku membakar adiknya berusia 16 tahun sekitar jam 8 malam di rumah mereka di Kampung Stenggang Bau pada 10 Ogos lalu.

Sementara dalam bilik mahkamah berasingan, tertuduh juga mengaku bersalah menyebabkan kecederaan serius terhadap abang kandungnya dan abang iparnya juga menggunakan modus operandi yang sama iaitu api.

Hakim Mahkamah Sesyen Marutin Pagan menetapkan 15 Januari depan untuk menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh sementara menunggu penilaian sosialnya.

Tertuduh mengaku terhadap dua pertuduhan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan serius terhadap abangnya yang berusia 26 tahun dan abang iparnya berumur 25 tahun serta Seksyen 435 Kanun yang sama kerana melakukan khianat terhadap kereta Perodua Viva QAK 6503 milik ayah mereka.

Baca lain  Lapan projek tingkatkan infrastruktur pertanian Beting Maro

Tertuduh melakukan semua perbuatan itu sekitar jam 8 malam 10 Ogos lalu di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Stenggang Bau di sini.

Menurut fakta kes, pada hari kejadian (10 Ogos lalu), sekitar jam 2.02 pagi, kakak tertuduh yang berusia 22 tahun membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Bau bahawa sekitar jam 8 malam dia telah bergaduh dengan adiknya
yang berusia 19 tahun.

Dalam pergaduhan itu, tertuduh (adiknya) menggugut akan membakar dan mengebom kereta bapa mereka.

Tertuduh kemudian membaling sebotol minyak petrol kearah kereta itu bernombor pendaftaran QAK 6503 dan membakarnya.

Abang dan abang ipar tertuduh yang cuba menghentikan perbuatan tertuduh juga terkena minyak petrol tersebut serta terbakar dan mengalami kecederaan.

Namun api dapat dikawal sebelum Bomba dan Penyelamat dari daerah Bau tiba.

Sementara mereka yang cedera dikejarkan ke Hospital Daerah Bau.

Siasatan oleh polis Bau juga menemui objek berupa bahan letupan serta detonator dan peledak yang kemudiannya dirampas dan dimatikan oleh unit pemusnah bom dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen diketuai ASP Abdul Faridz Abdul
Bakar di tempat kejadian.

Baca lain  Judi tanpa lesen: Tujuh premis dipotong bekalan elektrik di Kuching

Tertuduh ditangkap pada 12 Ogos lalu oleh pasukan polis Ibu Pejabat Polis Bau dan melalui penyiasatan terperinci.

Tertuduh memang berniat mengugut keluarganya dan membakar rumah serta mengebom kereta bapanya.

Dia mendapat peralatan bom berkenaan daripada simpanan peninggalan pakciknya dan mengambil sebotol petrol dari rumah ladang mereka untuk tujuan berkenaan.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nadratun Naim Mohd Saidi serta Daniel Ilham Kamaruddin sementara tertuduh .

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

28 Mei 2023

Berita Terbaru