ARTIKEL

Abang Hakimi juara majlis Tilawah al-Quran Peringkat Bahagian Bintulu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

ABANG Hakimi Syarizal Abang Jasmani, pelajar Semester 3 Diploma Dakwah Islamiyyah mendapat tempat pertama pertandingan Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Bahagian Bintulu.

Penyertaan pelajar Ikmas dalam pertandingan berlangsung di Bangunan Martabat (LAKIB), Bintulu pada 13 dan 14 September lalu itu memberi pendedahan kepada pelajar bersaing secara sihat dengan masyarakat awam.

Ia juga menanamkan rasa cinta kepada al-Quran, meningkatkan keyakinan serta sifat berani dalam diri pelajar untuk bersaing di peringkat lebih tinggi selain meningkatkan kemahiran pelajar membaca al-Quran.

Penyertaan ini melahirkan generasi Ikmas yang cinta akan al-Quran. Penyertaan ini juga menjadi nilai tambah kepada pelajar menjadi dai’e yang menjadikan al-Quran panduan hidup.

Sebagai tambahan, pelajar Ikmas yang bertanding kali ini mendapat tempat pertama keseluruhan sekali gus layak mewakili Bintulu ke peringkat Negeri yang dijadualkan berlangsung Februari 2024. Semoga penyertaan pelajar Ikmas ke program seumpama ini menjadi contoh kepada pelajar lain untuk terus maju pada masa yang akan datang.

LAIN-LAIN BERITA

Hias bilik anak

PADA USIA TERTENTU, ibu bapa harus mengajar anak-anak mereka untuk tidur secara berasingan. Untuk itu, penyediaan dan dekorasi bilik anak memainkan peranan penting untuk memastikan

Pusat peranginan World Awana

TERLETAK hanya 35 minit perjalanan dari pusat bandar Kuala Lumpur, pusat peranginan World Awana merupakan destinasi terbaik percutian di sekitar Genting Highlands. Pusat peranginan ini

Junjung hak wanita

KEGANASAN terhadap wanita merupakan isu sejagat yang berlaku di seluruh dunia melangkaui batas agama, bangsa dan budaya Mangsa sering kali memilih untuk tidak melaporkan kekerasan

Lebih empat dekad kembara putera

TAHUN ini, Persatuan Penulis Utara Sarawak menjangkau usia 45 tahun. Mesyuarat penubuhannya berlangsung pada 7 Julai 1979 di Kelab Shell, Lutong. PUTERA didaftarkan secara rasmi

Bidar lukut merah Sukan air unik Mukah

SELAIN tibow, permainan bidar lukut juga salah satu sukan tradisi unik di Mukah. Bidar membawa maksud perahu, manakala lukut ialah daun yang digunakan untuk belayar.

Kenangan 70 pelajar khatam al-Quran

MAJLIS Khatam Al-Quran sebagai pemula acara yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan (SK) Encik Buyong, Kuching pada jam 8.00 pagi awal bulan ini disertai 70 pelajar sekolah

BERITA TERBARU

Berita yang menyedihkan – Datuk Sim Kiang Chiok

KUCHING : Pengerusi Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA) Cawangan Kuching Datuk Sim Kiang Chiok, menyifatkan pemergian bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Abdul Taib

Projek ART Johor bechuntoka pemujur Sarawak

KUCHING: Sistem Transit Aliran Autonomi (ART) di Sarawak deka nyadi malin ungkup projek ART ti deka dipejalai di nengeri Johor. Perintah Nengeri Johor benung ngelanggur