Teruna berani buka perniagaan syarikat bukan bumiputera

Trending

Abang Jo lulus pusat pengumpulan pertanian untuk Daerah Lundu

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Abang Johari pada Sesi Townhall : Berambeh Ngan Abang Jo di Dewan Suarah Lundu, hari ini. - PHOTO/NADIM BOKHARI

LUNDU: Sebuah pusat pengumpulan pertanian akan dibangunkan di sini untuk membantu para petani di daerah ini memasarkan hasil pertanian.

Kemudahan itu diluluskan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada Sesi Townhall : Berambeh Ngan Abang Jo sempena Karnival Today For Tomorrow (T4) Daerah Lundu di Dewan Suarah Lundu di sini, hari ini.

“Saya meluluskan pusat pengumpulan pertanian di sini sekarang dan ia akan dibangunkan dengan dana RM5 juta.

“Ini dapat membantu para petani di Lundu dan Sematan memasarkan hasil pertanian,” katanya.

Keputusan serta-merta itu dibuat dalam sesi soal jawab, apabila salah seorang hadirin mengajukan masalah yang dihadapi petani di Lundu dan Sematan untuk memasarkan hasil pertanian mereka.

Abang Johari pada Sesi Townhall : Berambeh Ngan Abang Jo di Dewan Suarah Lundu, hari ini. – PHOTO/NADIM BOKHARI

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

28 Mei 2023

Berita Terbaru