ARTIKEL

Abang Jo mahu hasilkan robot

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg mahu Sarawak menghasilkan robot bagi membantu manusia dalam aktiviti harian.

Beliau berkata Sarawak boleh mengambil inspirasi daripada robot jururawat ‘Grace the robot’ yang membuat penampilan pada Kongres Inovasi dan Teknologi Dunia Ke-27 dan Persidangan Ekonomi Digital Antarabangsa Sarawak Keenam (WCIT|IDECS) 2023 di sini, baru-baru ini.

Abang Johari berkata kerajaan negeri bersedia untuk memberi peruntukan bagi projek penghasilan robot tersebut.

“Mungkin kita boleh gunakan nama berbeza (untuk robot) yang lebih berciri Sarawak. Saya difahamkan Grace the robot mempunyai lebih 4,000 motor pada kepalanya sahaja.

“Mungkin untuk projek ini kita boleh minta Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS) untuk bekerjasama dengan Huawei.

“Mungkin kita boleh hasilkan robot yang boleh digunakan dalam penjagaan kesihatan kita atau tugas dan aktiviti lain,” katanya dalam ucapan pada Majlis Makan Malam Ulang Tahun Kelima Majlis Penyelidikan dan Pembangunan Sarawak (SRDC) semalam.

Grace ialah robot yang dibangunkan dengan teknologi kecerdasan buatan (AI) oleh Hanson Robotics berpangkalan di Hong Kong.

— BERNAMA

LAIN-LAIN BERITA

Polis berkas suspek terlibat 20 kes samun

IPOH: Polis memberkas seorang individu yang disyaki aktif menjalankan kegiatan menyamun pelanggan di premis mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sekali gus berjaya menyelesaikan 20 kes samun

Jasa Tun Taib tidak terhad di peringkat negeri

Yang Dipertua Yadim, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus terkenang jasa Allahyarham Tun Datu Mustapha Datu Harun dan Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud yang pernah menjadi Menteri

24 mesin hemodialisis baharu diagih ke seluruh Sarawak

KOTA SAMARAHAN: Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak memperuntukkan sebanyak 24 buah mesin hemodialisis yang bernilai RM987,600 dalam usaha memperkasakan rawatan pesakit buah pinggang di negeri ini.

BERITA TERBARU

Polis berkas suspek terlibat 20 kes samun

IPOH: Polis memberkas seorang individu yang disyaki aktif menjalankan kegiatan menyamun pelanggan di premis mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sekali gus berjaya menyelesaikan 20 kes samun

162 kluster SPOC terima persijilan MSPO

KENINGAU: Sebanyak 162 Kluster Minyak Sawit Mampan (SPOC) melibatkan 177,355 pekebun kecil sawit persendirian (PKP) berjayamemperoleh Persijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) di bawah seliaan

Anak lambat bercakap

ANAK saya belum bercakap. Kenapa si kecil saya tidak bercakap? Berapa banyak perkataan yang sepatutnya dikeluarkan oleh kanak-kanak berumur dua tahun? Gejala anak lambat bercakap