Trending

Abang Johari beri “kuliah” kepada Menteri Persekutuan di Kuching – PM Anwar

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji kesungguhan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg memajukan Sarawak melalui beberapa inisiatif baharu menjadikan Sarawak berpotensi menjadi rantau atau hab tapak pembangunan industri hijau, hidrogen dan beberapa aspek hiliran yang paling hebat di rantau Asean.

Dengan inisiatif tersebut, Anwar berkata, beliau meminta Abang Johari memberi pandangan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri petang Sabtu di Wisma Bapa Malaysia di Kuching.

“Sebelum mesyuarat Jemaah Menteri tadi, bayangkan kalau dulu kita datang bagi kuliah kepada pemimpin Sarawak, hari ini saya minta Abang Johari beri pandangan dan kuliah kepada Menteri Persekutuan,” ujar Anwar berucap pada Majlis Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan pada Sabtu malam di Kuching.

Menurut Anwar, belum pernah ada mesyuarat Jemaah Menteri Persekutuan dengan pemimpin negeri diminta memberi pandangan tentang kemajuan bidang baharu diterokai dengan jayanya berdasarkan pelaksanaan di Sarawak.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

10 Disember 2023

Berita Terbaru