Trending

Abang Johari: DBKU, MBKS tubuh pusat kawalan digital untuk perkhidmatan terbaik

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) disarankan supaya mempunyai pusat kawalan digital masing-masing untuk penyampaian perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, inisiatif tersebut selaras dengan hasrat kerajaan negeri menjadikan Kuching sebagai bandar raya pintar menjelang 2030.

“Oleh itu, saya mencadangkan supaya DBKU dan MBKS mempunyai pusat digital sendiri dan ia akan dihubungkan dengan pusat kawalan digital negeri yang terletak di bangunan Baitulmakmur II, di sini.

“Ini akan membolehkan penyambungan, perkongsian dan pertukaran data serta maklumat di antara pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kerajaan negeri sekali gus membolehkan kita memperbaiki sebarang kelemahan yang ada,” katanya.

Abang Johari berkata demikian pada Majlis Memperingati Hari Bandaraya Kuching Ke-33 di Dun Baru, di sini, hari ini.

Menurut Abang Johari, Sarawak telah menubuhkan pusat kawalan digital bertujuan menggumpul serta menyimpan data yang menjadi nadi untuk kerajaan negeri memantau kegiatan di kawasan setempat dan seterusnya menaik taraf perkhidmatan kepada rakyat.

 

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

26 November 2023

Berita Terbaru