KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg akan berucap sebagai penceramah jemputan pada majlis makan malam Dialog Endowmen S.Rajaratnam (SRED) 2022 di Singapura, esok.
Pejabat Premier Sarawak dalam kenyataan berkata penyertaan Abang Johari dalam dialog yang akan diadakan di The Arts House, 1 Old Parliament Lane, Singapura adalah atas jemputan Yayasan Temasek
dengan kerjasama Straits Times dan Forum Strategi Antarabangsa (ISF), salah satu daripada program utama Schmidt Futures.
Beliau akan menyampaikan ucapannya berdasarkan tema “Perkembangan Ekonomi di Asia dan Dunia” dan akan menyentuh mengenai Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 2030
(PCDS 2030) dan pelbagai inisiatif baharu kerajaan Sarawak termasuk ekonomi digital, ekonomi hijau, ekonomi hidrogen, Transit Aliran Automasi (ART), Pusat Sains Sarawak dan pertanian komersial.
Turut Abang Johari ialah Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Julaihi Narawi, Pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU), Datu Dr. Muhammad Abdullah Zaidel dan Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Energy Bhd. Datu Sharbini Suhaili.