ARTIKEL

Abang Johari kunjungi Kim Shin sempena TBC hari ketiga

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

P4: Ketibaan Abang Johari serta isteri disambut dengan persembahan tarian singa

P5: Abang Johari bersama-sama tetamu kehormat yang lain menyempurnakan upacara menggaul Yee Sang

MIRI: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta isteri Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang meneruskan kunjungan sempena sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) di Miri bermula hari ini.

Beliau dan isteri memulakan kunjungan ke kediaman Menteri Pengangkutan Datuk Seri Lee Kim Shin pada jam 11 pagi, di Jalan Woodhouse di Tanjung Lobang.

Ketibaan mereka pada hari ketiga sambutan perayaan tersebut disambut dengan persembahan tarian singa.

Dalam pada itu, Abang Johari turut berkesempatan menyempurnakan upacara menggaul Yee Sang sebagai simbolik sambutan perayaan itu yang melambangkan simbol kesejahteraan dan kemakmuran.

Abang Johari kemudian dijadualkan menghadiri majlis rumah terbuka di kediaman beberapa ahli korporat di Miri termasuk Presiden Miri Chamber of Commerce Ling Chiong Sing, dan Pengerusi Sarawak Miri Division Planter Association Jong Tze Kiun.

Pada sebelah malam pula, Abang Johari dijadualkan menghadiri Majlis Makan Malam TBC Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) di Hotel Mega.

Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan dan Datuk Amar Dr Sim Kui Hian; Menteri Utiliti dan Komunikasi Datuk Julaihi Narawi; Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Dr Pengguang Manggil dan Datuk Micheal Tiang Ming Tee serta tetamu kehormat yang lain turut hadir.

Abang Johari merakam kenangan bersama-sama dengan Lee Kim Shin sekeluarga
Abang Johari merakam gambar kenangan di perkarangan kediaman Lee Kim Shin bersama-sama tetamu kehormat yang lain
Ketibaan Abang Johari serta isteri disambut dengan persembahan tarian singa
Abang Johari bersama-sama tetamu kehormat yang lain menyempurnakan upacara menggaul Yee Sang

LAIN-LAIN BERITA

Cubaan tiga lelaki curi kereta gagal

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden gagal apabila diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong, pada malam Selasa. Pemangku

BERITA TERBARU