KUCHING: Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg memulakan kunjungan sempena perayaan Tahun Baharu Cina di Rumah Terbuka Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) di sini sebentar tadi.
Ketibaan beliau disambut oleh Presiden SUPP, Datuk Sim Kui Hian, Timbalan Presiden SUPP, Datuk Lee Kim Shin, Setiausaha Agung SUPP, Datuk Sebastian Ting, Adun Batu Kitang, Lo Khere Chiang, Ketua Wanita SUPP, Kho Teck Wan dan lain-lain.
Beliau turut beramah mesra dengan para pengunjung Rumah Terbuka Tahun Baru Cina SUPP yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.
Hadir sama Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Tan Sri James Jemut Masing dan barisan kabinet yang lain.