KUCHING: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengunjungi Yang di-Pertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud di kediaman rasminya di Demak Jaya, Ahad lalu.
Dalam gambar terbaharu yang dikongsikan, dirakamkan kemesraan antara dua pemimpin itu, yang asalnya dikongsi di akaun Instagram rasmi Taib sebelum disiarkan silang ke akaun Instagram rasmi isterinya, Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib.
Abang Johari mengenakan baju batik biru sedang bersalaman mesra dengan Taib, yang memakai baju batik kuning air bermotifkan coklat.
Gambar bertarikh 17 September 2023 itu disertakan dengan ucapan syukur “Alhamdulillah”.
Tun Taib sebelum ini berada di luar negara dan balik ke Kuching pada 16 September lalu untuk menyambung tugas rasminyanya pada Isnin lalu.
Sebelum ini, Taib dikatakan menjalani rawatan di Istanbul, Turki selepas menjalani prosedur perubatan.
Sepanjang tempoh terbabit, Speaker DUN Sarawak Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar dilantik sebagai Pemangku Yang di-Pertua Negeri pada 16 Ogos untuk tempoh sebulan.