Abang Johari luangkan masa kunjungi rumah terbuka TBC di Bintulu

BINTULU: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg meluangkan masa mengunjungi beberapa kediaman kenamaan tempatan di bahagian ini sempena Tahun Baharu Cina.

Antara kediaman yang beliau kunjungi termasuklah kediaman Pengerusi Dewan Usahawan Perniagaan dan Perindustrian Cina Bintulu, Yek Siew Long di Taman Hock Lee, Pemanca Datuk Dr Francis Toh Chiew Peng di
Taman Li- Hua dan Temenggong Datuk Barry Yek Siew Hui di Taman Starhill.

Abang Jo, kemudiannya, meneruskan kunjungan TBC ke kediaman pengerusi Gabungan Persekutuan Cina Berdaftar Bintulu(FORCA), Chin Chee Fui di Pearl Garden, Jalan Sibiyu sebelum mengakhiri kunjungan ke kediaman Penghulu Datuk Chai Shong Phian di Lucky Garden, Jalan Tanjung Batu.

Turut serta dalam kunjungan Ketua Menteri itu ialah Menteri Utiliti merangkap ADUN Kemena Datuk Sri Dr Stephen Rundi Utom, Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) Datuk Haji Talib Zulpilip dan isteri, Datin Zaliha Abdullah dan Ahli Parlimen Bintulu Datuk Sri Tiong King Sing.

Suara Sarawak