ARTIKEL

Abang Johari: Maaf anda tak dapat pulai ke menua

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Datuk Patinggi Abang Johari  Tun Openg menyeru masyarakat Dayak di Sarawak agar merayakan Hari Gawai secara berhati-hati bersama-sama ahli keluarga terdekat sebagai usaha memutuskan rantaian penularan Covid-19 di negara ini.

Dalam perutusan hari Gawai Dayak yang diraikan esok, beliau berkata ini merupakan tahun kedua Hari Gawai terpaksa diraikan dalam keadaan yang amat terhad disebabkan ancaman pandemik Covid-19 yang melanda negara dan seluruh dunia.

Sarawak setakat ini merekodkan 46,675 kes jangkitan dengan 284 kematian, termasuk empat kematian semalam.

Katanya, adalah sesuatu yang menyedihkan kerana ramai yang tidak dapat merayakannya dengan keluarga dan sahabat handai di kampung atau rumah panjang masing-masing.

“Saya mohon ampun dan maaf kepada saudara dan saudari yang tidak dapat kembali ke kampung halaman dan rumah panjang masing-masing, atau ‘pulai ke menua’, kerana larangan rentas negeri atau rentas zon yang dikenakan demi keselamatan kita semua daripada bahaya Covid-19,” katanya.

Kata beliau, sebagai langkah tambahan untuk menangani Covid-19 bersempena Hari Gawai, beliau telah mengarahkan Setiausaha Kerajaan Negeri untuk tidak mengeluarkan lesen  sabung ayam yang menjadi acara tradisi setiap kali perayaan itu untuk mengurangkan ruang bagi jangkitan terus menular pada sambutan kali ini.

“Langkah seperti ini mungkin tidak popular tetapi hendaklah dilaksanakan supaya rakyat kita lebih selama,” tegasnya. 

“Sebelum ini, arahan supaya ziarah hari raya untuk satu hari sahaja juga keputusan yang tidak popular dalam kalangan masyarakat Islam, namun langkah itu perlu dilaksanakan supaya keadaan dapat dikawal,” katanya.

BERITA LAIN

Penghulu ‘hero’ kami

BINTANGOR: Tindakan pantas seorang penghulu berjaya menyelamatkan sebuah rumah daripada musnah dalam kebakaran di Kampung Abang Amin di sini, hari ini. Insiden kira-kira jam 10.50

BERITA TERBARU