Abang Johari meriahkan majlis perkahwinan anak ADUN Repok

BINTULU: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg memenuhi undangan ke majlis perkahwinan anak perempuan sulung kepada ADUN Repok Dato’ Sri Huang Tiong Sii A bertempat di Dinner World Restaurant, malam semalam.

Majlis perkahwinan antara Huang Qian Wen dan pasangan, Tang Huh Peng diraikan dengan meriah dan warna warni serta dihadiri ramai kenamaan.

Antara yang hadir termasuklah Menteri Utiliti merangkap ADUN Kemena Datuk Sri Dr Stephen Rundi dan isteri Datin Loreta Rundi, Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti & Ombudsman) merangkap ADUN Jepak, Datuk Haji Talib Zulpilip dan isteri Datin Hajah Dr. Zaliha Abdullah,Menteri Muda Undang-Undang dan Adat Istiadat merangkap ADUN Kakus, Datuk John Sikie Ak Tayai,ADUN Mulu, Dato Gerawat Gala, , Ahli Parlimen Bintulu Dato’ Seri Tiong King Sing dan Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong,

Majlis turut dimeriahkan dengan tarian “Sarawak Bumi Kenyalang” yang dipersembahkan oleh kumpulan tarian Ching Ying Musical & Dance Troupe, Kuching dan undangan khas dari Australia(Sonya & Rachel), persembahan violin dan chemo.

Suara Sarawak