Abang Johari muncul di Astro Awani jam 9 malam ini

KUCHING: Ketua Menteri akan tampil melalui rancangan Agenda Awani pada jam 9 malam ini.

Program sempena ulang tahun ketiga Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg sebagai Ketua Menteri  itu akan disiarkan melalui Astro Awani Saluran 501.

Tema program itu ialah ‘Sarawakku Sayang: Ke Arah Negeri Termaju Menjelang 2030.’

Ketua Menteri menyentuh pelbagai isu termasuk inisiatif yang dilaksanakannya dalam tempoh tiga tahun lalu.

Program itu dikendalikan oleh moderator terkemuka Nazri Kahar.

Sejak menjadi Ketua Menteri, Abang Johari memperkenalkan 81 inisiatif rakyat bertujuan untuk meningkatkan kualiti dan taraf hidup mereka.

Sementara itu, pada jam 10 pagi ini beliau dijadualkan melancarkan ‘Sarawakku Sayang’ bertemakan ‘Jaga Sarawak’ di Kota Samarahan.

Suara Sarawak