Abang Johari: Patuhi SOP Aidilfitri yang telah ditetapkan

KUCHING: Umat Islam di Sarawak digesa supaya berhati-hati serta mematuhi segala SOP dan garis panduan yang ditetapkan oleh JPBN melalui Majlis Islam Sarawak mengenai takbir Hari Raya, solat sunat Adilfitri dan lain-lain.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, ini kali kedua umat Islam terpaksa merayakan Hari Raya Aidilfitri dalam keadaan terhad.

“Cabarannya begitu hebat kepada umat Islam namun, saya percaya kekangan yang terpaksa ditempuhi tidak akan melemahkan iltizam kita untuk meraih sebanyak mungkin keampunan dan rahmat berlipat ganda dalam bulan Ramadan ini.

“Seterusnya meraikan kemenangan dengan rasa syukur atas nikmat kesabaran menunaikan ibadah puasa selama sebulan bersama-sama umat Islam di seluruh dunia,” katanya dalam perutusan Hari Raya Aidilfitri semalam.

Tambah Abang Johari, aktiviti yang tidak dibenarkan termasuk jamuan selepas solat Aidilfitri di masjid dan surau, takbir dari rumah ke rumah dan rumah terbuka.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 12 Mei 2021

Suara Sarawak