ARTIKEL

Abang Johari pemimpin berpandangan jauh

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

PEMBANGUNAN dan ekonomi berkait rapat dengan kemakmuran negera amnya dan negeri khususnya.

Namun, ia memerlukan kestabilan berpanjangan terutama dari sudut politik. Politik memberi kesan ke atas pembangunan menerusi kepimpinan dan tadbir urus.

Suka saya sentuh tentang politik, ia dikaitkan dengan pemimpin nombor satu Sarawak Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Sebagai wartawan, semestinya saya perlu peka dengan majlis atau program yang dikelola kerajaan negeri

. Mesra dengan panggilan Abang Jo, beliau hadir ke majlis pagi, petang dan malam — hampir setiap hari.

Terdetik di fikiran; bagaimana beliau dapat mengekalkan momentum kecergasan pada usia 74 tahun?

Di sebalik senyuman yang mesra kepada rakyat, Abang Johari mendengar semua keluh-kesah rakyat. Abang Johari juga mempunyai anak dan cucu, semestinya mereka memerlukan perhatian.

Terdetik juga pertanyaan; bagaimanakah beliau membahagikan masanya? Sepanjang tujuh tahun pentadbirannya sebagai Premier Sarawak, banyak inisiatif dilaksanakan dengan jaya.

Saya tertarik dengan kenyataan pengulas di YouTube mengatakan Abang Jo berpotensi menjadi The Best Chief Minister di Malaysia.

Dalam video tersebut, dia menamakan beberapa pemimpin kerajaan negeri sebagai pemimpin hebat seperti Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kuan Yew, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Syahri dan Menteri Besar Johor, Datuk Seri On Hafiz Ghazi.

Namun, kita harus faham bahawa Sarawak bukannya sekadar negeri, tetapi sebuah wilayah membentuk Malaysia. Matlamat dan tanggungjawab itu mungkin dilihat sama, namun sebenarnya tidak kerana ia lebih besar.

EKONOMI BAHARU

Pada pendapat saya, Abang Johari sememangnya layak menerima gelaran “Ketua Menteri terbaik di Malaysia”.

Bukan sahaja dari segi pengaruh politik, tetapi pembangunan secara holistik merangkumi aspek ekonomi.

Beliau sangat berani dengan visi yang luas untuk membawa lebih banyak pulangan.

Dasar ekonomi baharu menerusi sumber tenaga hijau antara yang mendapat perhatian masyarakat global.

Ketika ini, dunia berdepan isu pemanasam global dan kesan rumah hijau, pembebasan karbon dan sebagainya.

Sarawak mengambil langkah berani menjalankan ekonomi tenaga boleh diperbaharui serta bersih seperti hidrogen.

Seperti kita tahu, Sarawak kaya dengan hasil buminya merangkumi tanah dan sungai yang berpotensi dibangunkan sebagai sumber ekonomi.

Begitu juga menerusi penubuhan Petros, walaupun tidaklah sebesar Petronas, namun peranannya cukup penting dalam menjalin kerjasama strategik bersama syarikat berkaitan dalam industri minyak dan gas.

Tidak hanya bergantung kepada perkayuan, metodologi ekonomi Sarawak melalui fasa perubahan kepada ekonomi tenaga serta sumber pendapatan lain berlandaskan undang-undang.

Contohnya, ekonomi digital, ekonomi hijau, pelaksanaan cukai jualan negeri (SST) ke atas produk petroleum dari Sarawak.

Abang Johari sangat agresif memperkenalkan ekonomi hijau, sekali gus menjadikan Sarawak sebagai peneraju utama di rantau Asia terutama dalam penyimpanan, penangkapan karbon (CCUS).

Bahan api kapal terbang (SAF) yang dijana menerusi lumut atau alga pula bagi mengurangkan pencemaran udara.

Melihat kepada perkembangan ini, Sarawak disifatkan lebih ke hadapan berbanding negeri lain dari sudut pembangunan ekonomi baharu.

Ini yang membuktikan bahawa Sarawak mendahului negeri lain dari sudut transformasi ekonomi dan teknologi.

Sarawak tidak hanya bergantung kepada sumber perkayuan, balak, minyak dan gas sebagai pendapatan utama suatu ketika dahulu.

Buktinya nilai pendapatan Sarawak tahun lalu, lebih RM13 bilion dan jumlah tersebut dijangka terus meningkat.

BERI SEMULA KEPADA RAKYAT

Dengan keupayaan menjana pendapatan ini, ia disumbangkan semula kepada rakyat menerusi pembangunan infrastruktur jalan raya, utiliti, telekomunikasi, sosial dan sebagainya.

Antara lain termasuk projek naik taraf sistem pengangkutan mampan seperti Kenderaan Transit Aliran Autonomi (ART), bas hidrogen, pengambilalihan syarikat penerbangan MASWings, bank komersial dengan pemilikan saham terbesar.

Secara kesimpulannya, kestabilan politik negeri bergantung kepada kepimpinan mantap, utuh serta bijak menggunakan peluang dan memanfaatkan sumber mengikut perundangan.

Dengan itu, rakyat juga menerima limpahan manfaat daripada perancangan dan pembangunan yang dilaksanakan.

BERITA LAIN

Tarikan lampu raya Bang Man

KUCHING: Beberapa tahun lalu, apabila Abdul Rahman Othman mula membeli lampu hiasan untuk menghiasi rumahnya pada sambutan Hari Raya Aidilfitri, beliau tidak pernah membayangkan lampu

Tarikan air terjun Belaga

LOKASI yang jauh di pedalaman menjadikan Belaga sebagai destinasi yang penuh dengan hidupan flora dan fauna terpelihara. Antara tarikan yang menjadi tumpuan di Belaga adalah

BERITA TERBARU