ARTIKEL

Abang Johari sahkan Wan Junaidi mahu berundur, beri laluan calon lain

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Penyandang kerusi Parlimen Santubong Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar sudah menyatakan hasrat untuk berundur dan tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Wan Junaidi secara peribadi telah membuat permohonan tersebut untuk memberi laluan kepada calon lain untuk bertanding.

“Wan Junaidi ada memberitahu saya bahawa beliau mahu berundur, bagaimanapun saya belum membuat keputusan berhubung perkara tersebut.

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg

“Tetapi beliau sendiri yang meminta perkara tersebut, apa yang boleh kita buat lagi,” katanya.

Abang Johari yang juga Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Pelancaran Jentera Wanita GPS PRU-15 di Pusat Konvensyen Penview, Demak Laut, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Premier Sarawak itu memberitahu, antara faktor Wan Junaidi ingin berundur adalah disebabkan sudah lanjut usia.

“Wan Junaidi memberitahu saya bahawa beliau kini berusia 77 tahun dan ingin membuat kerja lain. Tetapi beliau akan tetap menjadi penasihat kita,” ujarnya.

Wan Junaidi merupakan antara Ahli Parlimen paling lama berkhidmat di Sarawak iaitu selama 32 tahun sejak 1990 bermula sebagai Ahli Parlimen Batang Lupar.

Beliau kemudian bertukar kawasan dengan penyandang kerusi Parlimen Batang Lupar Datuk Seri Rohani Abdul Karim ke Parlimen Santubong pada 2004.

Pada PRU-14, Wan Junaidi menang dengan mendapat 26,379 undian ketika menentang Mohamad Fidzuan Zaidi daripada parti Pakatan Harapan yang mendapat 6,894 undi dengan majoriti undi sebanyak 19,485.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Geng Piji tumpas

KUCHING: Geng Piji yang aktif mencuri kenderaan selain terlibat dalam kes pecah rumah, samun dan curi kabel akhirnya tumpas apabila ketua termasuk 11 ahlinya dicekup