Kanak-kanak berusia dua tahun antara lima maut kemalangan di Sibu

Trending

Abang Johari sambut baik peruntukan RM4.5 bilion kepada Sarawak

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menyambut baik peruntukan perbelanjaan pembangunan RM4.5 bilion kepada Sarawak.

Menurut beliau, peruntukan tersebut akan membantu dalam pembangunan di Sarawak walaupun ia hanya melibatkan tambahan sebanyak RM100 juta.

“Bagi saya tidak ada masalah walaupun tambahan sebanyak RM100 juta tetapi ia masih banyak.

“Setidak-tidaknya Kerajaan Persekutuan memberi balik peruntukan untuk menyukat tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) dan meneruskan beberapa projek yang sebelum ini telah dibatalkan Kerajaan Pakatan Harapan (PH),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di Ibu Pejabat PBB di sini, hari ini.

Abang Johari menambah, pembangunan infrastruktur di Sarawak turut diperkasakan menerusi peruntukan Belanjawan Sarawak 2021 yang akan dibentangkan pada hari pertama persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun), esok.

“Buat masa ini kita sedang melaksanakan projek bernilai lebih RM10 bilion walaupun menghadapi masalah kekurangan tenaga kerja disebabkan oleh Covid-19.

“Ini adalah peruntukan terbesar walaupun kita menghadapi penularan Covid-19 kerana kita ingin memulihkan ekonomi dan membantu kumpulan sasar,” jelasnya.

Baca lain  Pemuda maut, motosikal rempuh belakang lori di Jalan Kuching-Sri Aman

Justeru katanya, tiada isu berkenaan dengan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan itu, sebaliknya menghargai peruntukan yang diberikan.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

6 Jun 2023

Berita Terbaru