Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Abang Johari sampaikan ucaptama di Belanda

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg akan menyampaikan ucaptama pada Sidang Kemuncak dan Pameran Hidrogen Dunia 2022 di Rotterdam, Belanda dari 9 hingga 11 Mei ini.

Pejabat Premier Sarawak dalam satu kenyataan hari ini berkata, Abang Johari akan menyertai kira-kira 3,500 pemimpin kerajaan dan industri dari seluruh dunia untuk mengenali dan meneroka teknologi hidrogen, aplikasi dan penyelesaian terkini bagi merevolusikan industri tersebut.

Ucapan Abang Johari sebagai penceramah kedua selama 20 minit pada isnin akan berkisar tentang tema “Mempercepatkan Ekonomi Hidrogen Global: Cara Sarawak”.

Tumpuan utama ucapan itu adalah untuk menonjolkan Sarawak sebagai kuasa besar hidrogen di Asia dan juga dalam arena tenaga boleh diperbaharui.

“Sarawak ia perintis dalam usaha meneroka ekonomi hidrogen yang membawa kepada penubuhan fasiliti pengeluaran hidrogen pertama di Kuching dan juga menjalani ujian percubaan dua unit bas berkuasa hidrogen di jalan raya Kuching,” jelas kenyataan itu lagi.

Abang Johari bersama-sama anggota delegasinya dijadualkan melawat pejabat Shell di The Hague pada petang Isnin.

Di situ beliau akan diberi taklimat oleh eksekutif kanan Shell, antara lain mengenai masa depan Shell di Sarawak.

Pada pagi Selasa, delegasi tersebut dijadual bertemu dengan Ketua Pegawai Eksekutif Pelabuhan Rotterdam.

Pada sebelah petang, mereka akan melawat pusat teknologi Shell di Amsterdam yang mempamerkan teknologi hidrogen dan pelbagai inovasi baharu lain syarikat multinasional itu.

Delegasi kemudiannya akan terbang ke Oslo, Norway untuk mengetahui lebih lanjut mengenai operasi dana kekayaan berdaulat di Norway.

Rombongan Premier akan berlepas ke Rotterdam esok dan dijadual tiba di Rotterdam pada jam 7.45 malam waktu tempatan.

E-Paper

21 Mac 2023

Latest News