ARTIKEL

Abang Johari: Sarawak terima pulangan SST sebanyak RM6.8 bilion

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan Sarawak menerima pulangan masuk sebanyak RM6.8 bilion hasil daripada cukai jualan negeri (SST) ke atas produk petroleum untuk tempoh 2019 hingga September tahun ini.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, dengan hasil lebih tersebut kerajaan negeri mempunyai keupayaan melaksanakan pelbagai pakej bantuan termasuk BKSS dalam mendepani pandemik Covid-19.

“Walaupun Keluaran Dalam Kasar Negeri (KDNK) telah menguncup antara enam hingga tujuh peratus tahun lalu.

“Namun, terdapat sedikit kelegaan kerana dalam pada ekonomi mengalami pengucupan, pulangan hasil negeri meningkat daripada RM6.0 bilion kepada RM10.0 bilion berikutan langkah kreatif melaksanakan “revenue re-engeering” yang telah memberi pulangan yang agak besar kepada ekonomi negeri,” katanya.

Abang Johari berkata demikian pada Majlis Jamuan Negeri Sempena Hari Jadi Ke-85 Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di BCCK, malam ini.

Tambahnya, Kerajaan Sarawak telah mendepani setiap cabaran dengan cekal dan tabah, selain usaha gigih untuk merumuskan strategi bagi melindungi nyawa rakyat dan mempertahankan ekonomi.

Sementara itu, kemuncak majlis sambutan menyaksikan Tun Taib kemuncak memotong kek hari jadinya diikuti dengan persembahan nyanyian dan tarian termasuk persembahan video khas bertajuk ‘Abdul Taib Mahmud: The Untold Story Part Two’.

Turut hadir, Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar dan barisan kabinet negeri yang lain.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha