ARTIKEL

Abang Johari bersama rombongan selesai menunaikan ibadah umrah dan kini berada di Tanah Suci, Mekah. | Foto: THREAD WMMUJAHID

Abang Johari selesai tunaikan ibadah umrah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, selesai menunaikan ibadah umrah bersama rombongan dan kini berada di Tanah Suci, Mekah.

Perkara itu disahkan Pejabat Premier Sarawak ketika dihubungi TVS, hari ini.

Perkembangan berkenaan turut dikongsikan menerusi hantaran di platform Threads dan Facebook yang memaklumkan Abang Johari kini berada di Tanah Suci bersama rombongan.

Hantaran berkenaan turut merakamkan penghargaan kepada rakyat Sarawak yang mendoakan kesejahteraan beliau sepanjang berada di Tanah Suci.

Terdahulu, keberangkatan Abang Johari ke Mekah diiringi Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki; Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Datuk Misnu Taha; dan Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Datuk Dr Juanda Jaya.

Rombongan berkenaan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching sebelum meneruskan perjalanan ke Tanah Suci.

Abang Johari bersama rombongan dijangka kembali ke Kuching pada Selasa depan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU