KUCHING: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima empat kunjungan hormat di Wisma Bapa Malaysia, semalam.
Abang Johari menerima kunjungan hormat pertama daripada rombongan Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sarawak yang diketuai Pengarah Keselamatan Mohammad Haffizie Putit.

Seterusnya, kunjungan hormat kedua oleh rombongan Institut Aminuddin Baki (IAB) Cawangan Sarawak diketuai Pengarahnya Edmund Shah Tambi.

Kemudiannya, rombongan Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) diketuai Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff selaku Ketua Pengarah J-KOM membuat kunjungan hormat kepada Abang Johari.

Kunjungan terakhir menyaksikan Premier menerima kunjungan daripada Agensi Pembangunan Delta Rajang (RADDA) dan Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS).