Abang Johari tiba di kediaman Rodger Chan

KUCHING: Hari Kedua sambutan perayaan Tahun Baru Cina terus dimeriahkan dengan kunjungan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Hari ini beliau berkunjung di kediaman Presiden Persekutuan Lembaga Pengurusan Sekolah Rendah Bantuan Cina Bahagian Kuching, Samarahan dan Serian Rodger Chan Siong Boh.

Kehadiran Abang Johari disambut mesra oleh Siong Boh serta isterinya Rosanne Chai.

Turut mengiringi beliau pagi ini adalah Timbalan Ketua Menteri Tan Sri James Jemut Masing, Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Muda Undang-undang, Hubungan Persekutuan-Negeri dan Pemantauan Projek Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali serta Ahli Parlimen Batang Sadong Datuk Seri Nancy Shukri.

Terut sama berkunjung di kediaman Siong Boh pagi ini adalah Ahli Parlimen Bandar Kuching Dr Kelvin Yii.

Suara Sarawak