ARTIKEL

Abang maut dalam kebakaran, adik sempat selamatkan diri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUANTAN, Pahang: Seorang lelaki maut manakala adiknya melecur pada bahagian tangan dalam kejadian kebakaran di Felda Tersang Satu, Raub awal pagi ini. 

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Datuk Dr Wan Mohammad Zaidi Wan Isa, dalam satu kenyataan memaklumkan, Abdul Shukur Abdullah Suhaimin, 46, meninggal dunia di tempat kejadian apabila terjatuh di bahagian belakang rumah ketika hendak menyelamatkan diri.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.42 pagi dan seramai 15 anggota dari Balai Bomba Raub dan Sungai Koyan diarahkan ke lokasi kejadian sejauh kira-kira 38 kilometer.

“Bomba mendapati sebuah rumah jenis sementara berkeluasan 3,520 kaki persegi dan sebuah rumah kekal 3,200 kaki persegi yang terletak bersebelahan antara satu sama lain sedang marak terbakar.

“Dalam kejadian itu, Abdul Shukur dilaporkan meninggal dunia apabila terjatuh di bahagian belakang rumah ketika cuba menyelamatkan diri sementara adiknya, Abdul Hadi Abdullah Suhaimin, 39, melecur pada bahagian tangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca lain  Sepasang kekasih dera kanak-kanak lelaki 7 tahun

Beliau berkata anggota bomba dan pegawai perubatan sudah berusaha memberikan bantuan resusitasi kardiopulmonari (CPR) bagi menyelamatkan Abdul Shukur tetapi gagal sementara adiknya yang melecur dirawat anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

“Bomba berjaya mengawal kebakaran itu pada pukul 2.51 pagi sebelum dipadamkan sepenuhnya.

“Anggaran kemusnahan akibat kebakaran itu ialah 100 peratus bagi rumah sementara manakala hanya 20 peratus bagi rumah kekal,” katanya.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. — BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Hina Premier Sarawak, tiga Setiausaha lapor polis

KUCHING: Tiga Setiausaha kepada Premier Sarawak bertindak membuat laporan polis berhubung kes dipercayai menfitnah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg oleh