Abang Nawawi Presiden MBC Chapter Sarawak

PENGGIAT sukan permotoran Sarawak, Abang Nawawi Bolhassan Abang Dawi dilantik sebagai Presiden Persatuan Motosikal Berkuasa Besar Malaysia (MBC) Chapter Sarawak.

Pengiktirafan pelantikan tersebut dikeluarkan oleh Motor Besar Club Indonesia menerusi kenyataan dikeluarkan baru-baru ini.

“Terima kasih kepada badan induk terbabit atas kepercayaan diberikan untuk menerajui kepimpinan MBC untuk tempoh 2021-2026,” ujar Abang Nawawi ketika ditemui arena Suara Sarawak.

Beliau yang begitu sinonim dengan panggilan Boy memberitahu, pelantikan bagi jawatan tersebut sebagai penggerak terhadap pelaksanaan program sukan permotoran mencakupi pelbagai sudut.

“Diharap lebih banyak program dapat dianjurkan kelak, sekali gus meningkatkan jalinan kerjasama penggiat sukan permotoran dua benua serumpun (Sarawak/Malaysia dan Indonesia),” tambah beliau lagi.

Dalam perkembangan sama, Abang Nawawi menyatakan belum dapat memberi gambaran untuk menganjur program disebabkan musibah pandemik Covid-19.

Katanya, diharap musibah yang menimbulkan kegelisahan semua akan berakhir secepat mungkin.

Suara Sarawak