ARTIKEL

Abang ugut bunuh adik didenda RM3,000

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang penganggur lelaki berusia 33 tahun dijatuhi hukuman denda RM3,000 atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret hari ini, atas kesalahan ugut bunuh adik kandungnya menggunakan spanar besi.

Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh Mohd Khairol Ismawi selepas pertuduhan dibacakan di hadapannya.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah bunuh terhadap mangsa Siti Safarina Ismawi.

Dia melakukan perbuatan tersebut di sebuah rumah beralamatkan Kampung Rampangi, Jalan Sultan Tengah di sini, kira-kira jam 3.00 petang, 7 Oktober lepas.

Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

Menurut fakta kes, tertuduh telah mengamuk dan memarahi adik kandung lalu mengugut bunuh dengan menggeluarkan kata ‘Mati Ko ku bunuh kelak’ menggunakan spanar besi kerana anak pengadu yang berusia satu tahun enam bulan tidak berhenti menangis.

Bimbang akan keselamatan diri pengadu kemudian membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Dua hari selepas kejadian, tertuduh berjaya ditangkap oleh sepasukan polis dari IPD Kuching di kediaman mereka di Kampung Rampangi, sekitar jam 10.35 pagi.

Hasil siasatan tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mengugut pengadu dengan mengeluarkan ugutan untuk membunuh sehingga menyebabkan pengadu berasa takut akan keselamatan diri.

Pegawai Pendakwa Raya Inspektor Mohd Azmei Ahmad memohon agar mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal terhadap tertuduh sebagai pengajaran.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira