Trending

Abang Zulkarnain Presiden FAS baharu

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

SARIKEI: Persoalan siapa individu baharu yang akan menerajui tampuk kepimpinan Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) bagi penggal 2023-2025 akhirnya terjawab.

Tokoh sukan berpengalaman luas, Abang Zulkarnain Abang Abdul Rahman, 57, akhirnya mendapat mandat untuk duduk di kerusi panas itu.

Bekas Penolong Setiausaha Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang juga calon tunggal menang tanpa bertanding selepas mendapat sokongan majoriti 12 ahli gabungan pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM FAS 2023-2025) yang berlangsung di salah sebuah hotel terkemuka di bandar Sarikei sebentar tadi.

ABANG ZULKARNAIN ABANG ABDUL RAHMAN….Presiden FAS.

Dalam pada itu, jawatan Timbalan Presiden FAS milik Abang Suhordie Abang Zaini yang memperoleh 11 undi.

Mengatasi dua pencabarnya, Phillip Jabu dengan 9 undi dan Mohamad Saif Jubaidi dengan 5 undi.

Sementara itu, lima individu tersenarai untuk jawatan Naib Presiden dengan perolehan undi masing-masing.

Diketuai Nichol Agoi (19 undi), Khairulddin Qalam Daud (18 undi), Abdul Ajis Kon Ghazali (16 undi), Abdul Rahman Abdul Rahim (15 undi) dan Khairul Anuar Adeni (14 undi).

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Gol Ronaldo memukau

BINTANG sensasi, Cristiano Ronaldo membuktikan sentuhan ajaibnya apabila menyumbat gol

E-Paper

26 November 2023

Berita Terbaru

Gol Ronaldo memukau

BINTANG sensasi, Cristiano Ronaldo membuktikan sentuhan ajaibnya apabila menyumbat gol