ARTIKEL

Abbas desak PBB usir Israel

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

NEW YORK: Presiden Pihak Berkuasa Palestin Mahmoud Abbas telah membandingkan retorik Israel dengan propaganda Nazi.

Beliau menuntut agar Israel digantung daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) jika ia tidak memberikan sebuah negara kepada penduduk Palestin serta hak untuk kembali bagi jutaan pelarian.

Abbas juga menolak hubungan Yahudi dengan Masjid Al-Aqsa ketika beliau berucap di Ibu Pejabat PBB di New York pada hari ini (Isnin waktu AS).

Abbas menyampaikan ucapan pada acara memperingati Nakba (bahasa Arab yang bermaksud malapetaka yang dikaitkan dengan pembentukan negara Israel) yang buat julung kalinya diadakan pada Perhimpunan Agung PBB.

Israel menentang sekeras-kerasnya acara memperingati ulang tahun Hari Nakba ke-75 itu yang disifatkannya sebagai “pemesongan sejarah” dan mendakwa ia telah meyakinkan puluhan negara lain untuk memulaukan acara peringatan tersebut.

Abbas, yang memakai kunci pada lapel baju untuk sebagai lambang bagi rancangan untuk kembali ke kampung halaman keluarganya di Israel, berkata Israel telah menyetujui penubuhan negara Palestin pada 1947 dan bersetuju agar pelarian Palestin menyertai semula PBB.

Dalam perjanjian ‘Mandatory Palestine’ yang digubal oleh United Kingdom, pihak Israel menerima penyelesaian dua negara yang disarankan oleh PBB ketika itu tetapi dunia Arab menolaknya dan melancarkan Perang Kemerderkaan 1948.

“Memaksa Israel melaksanakan dua ketetapan ini adalah satu syarat, satu prasyarat bagi keanggotaan mereka dalam PBB ketika itu.

“Bagaimanapun, malangnya beberapa buah negara, semua kita tahu siapa yang kita maksudkan, telah menghalang dengan sengaja pelaksanaan ketetapan ini dalam satu amalan yang melemahkan keadilan, etika dan nilai manusia,” kata Abbas yang bercakap selama sejam walaupun hanya diberi masa 30 minit sahaja untuk berucap.

BERITA LAIN

Thailand serah surat rasmi sertai BRICS

BANGKOK: Thailand secara rasmi telah menghantar surat hasrat untuk menyertai organisasi antara kerajaan yang terdiri daripada Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan, yang dikenali dengan

BERITA TERBARU