ARTIKEL

Abdul Azim ditemui di kedai makan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Polis hari ini mengesahkan seorang budak lelaki berusia 11 tahun yang dilaporkan hilang dari rumahnya di taman perumahan Pertahanan Awam Mindef ditemui selamat, ahad malam.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Aidil Bolhassan berkata, Abdul Azim Ahmad Dzulkarnain, 11 ditemui oleh orang awam di sebuah kedai makan Jolibee di Batu 3 Sungai Maong kira-kira jam 11.45 malam.

“Hasil siasatan mendapati mangsa berada di kedai makan Jolibee dan diberi makan oleh seorang pekerja kedai Orang Kurang Upaya.

“Orang awam, Muhammad Firdaus yang melihat mangsa hilang melalui hebahan sistem ‘Nur Alert’ PDRM di laman Facebook segera melaporkan kepada pihak polis.

“Mangsa yang dijumpai sedang makan telah dibawa ke balai polis Kota Sentosa untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataannya semalam.

Menurut beliau, punca kanak-kanak terbabit lari dari rumah kerana takut dipukul oleh ibunya kerana kenakalan yang dilakukan oleh mangsa.

“Mangsa disahkan selamat sepanjang tempoh laporan kehilangannya sehingga ditemui,” ujarnya.

BERITA LAIN

Penjaga parkir ditemukan meninggal dunia

BAU: Seorang penjaga parkir warga Indonesia ditemukan meninggal dunia di rumah sewanya di Kampung Serikin, pagi tadi, dengan pemeriksaan awal mendapati tiada unsur jenayah. Ketua

Jambatan Batang Paloh ubah rutin penduduk

DARO: Penantian penduduk sekitar Batang Paloh untuk menikmati perjalanan lebih mudah bakal berakhir dengan siapnya Jambatan Batang Paloh yang menggantikan kebergantungan terhadap perkhidmatan feri. Bagi

BERITA TERBARU