ARTIKEL

Abdul Karim: Hanya pembangkang di Sarawak mahu pilihan raya ditunda

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ASAJAYA: Tindakan pembangkang yang mencadangkan agar Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12) Sarawak ditangguhkan lagi adalah tidak relevan berikutan tiada alasan kukuh untuk pelaksanaan tersebut.

Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, berkata DUN Sarawak sudah tamat tempoh pada 6 Jun lalu dan sekarang hanyalah “masa tambahan’.

“Jika PRN-12 ditangguhkan lagi, sampai bila? Kalau sehingga Covid-19 lenyap, bolehkah kita memberi jaminan bahawa ia akan terus lenyap di muka bumi ini?

“Jika dilihat di negeri lain, yang selalu minta pilihan raya diadakan adalah pihak pembangkang kerana hanya dengan itu mereka dapat menumbangkan kerajaan sedia ada namun, hanya di Sarawak sahaja pihak pembangkang mahu PRN ditunda,” katanya.

Penyandang Kerusi DUN Asajaya itu berkata demikian pada sidang media selepas Program Belia Kasih Komuniti di Dewan Kampung Tambirat di Asajaya hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengambil masa tiga minggu untuk mengadakan Mesyuarat Khas Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-12 (PRN-12) selepas tarikh pembubaran DUN adalah tidak wajar.

“Ia sudah dianggap lewat kerana pelaksanaan mesyuarat PRN sebelumnya diadakan seminggu selepas tarikh pembubaran DUN.

“Saya kurang pasti kenapa mesyuarat PRN kali ini memakan masa tiga minggu untuk diadakan. Mungkin mereka (SPR) akan menggunakan alasan perlaksanaan PRN di Melaka. Namun secara peribadi saya rasakan itu bukan alasan baik,” tambahnya.

BERITA LAIN

Lelaki maut motosikal bertembung kereta

BAU: Seorang buruh lelaki maut apabila motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah kenderaan dalam kemalangan di Jalan KM 19.5, Jalan Serasot/Stass/Bau di sini, pagi tadi. Ketua

Manfaat lapan komponen KKD

DALAT: Kompleks Kebajikan Dalat (KKD) menjadi penyelesaian kepada cabaran yang dihadapi oleh penduduk di kawasan Dalat pada awal 2000-an. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan

Perkasa pelancongan tempatan

ENGKILILI: Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas mencadangkan agar Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) dan Agensi Pembangunan Sri Aman (SADA) bekerjasama dalam mempromosi

BERITA TERBARU