Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Abdul Karim yakin PKR kalah semua kerusi PRN-12 Sarawak

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
 Naib Presiden PBB, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah ketika ditemui dalam sidang media

KUCHING: Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah yakin Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan menang besar sekurang-kurangnya dua pertiga atau empat perlima kerusi pada Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN-12) nanti.

Beliau berkata, GPS tidak akan memberi sebarang peluang kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) kali ini untuk memenangi sebarang kerusi.

“Bukan saya sombonglah, tetapi saya tidak bagi PKR sebarang peluang kali ini, mereka akan dapat 0 kerusi.

“Itu jangkaan saya sendiri, dengan kepimpinan PKR yang sekarang di Sarawak, tiada satu kerusi pun mereka akan dapat,” katanya dalam sidang media setelah majlis pelancaran ASIA’s Sarawak 360 Experience: The Stories from the Heart di Kuching Old Court House, hari ini.

Bagaimanapun Abdul Karim menjelaskan, negara mengamalkan sistem demokrasi berparlimen yang membenarkan sesiapa sahaja bertanding dan menghormati mereka.

“Jadi siapa-siapa boleh meletakkan calon di mana-mana yang mereka rasa mereka ada peluang dan ruang untuk menang.

“Kita hormati mereka, PKR, Parti Sarawak Bersatu (PSB) dan semua,” ujarnya.

Berita Berkaitan

E-Paper

22 Mac 2023

Berita Terbaru

Ubah status maklumat

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menandatangani rang undangundang