Kanak-kanak berusia dua tahun antara lima maut kemalangan di Sibu

Trending

Abdul Mutalib lepaskan jawatan pengerusi BHPB

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUALA LUMPUR: Datuk Abdul Mutalib Alias (gambar) melepaskan jawatan sebagai pengerusi Bintulu Port Holdings Bhd (BPHB) sebaik tempoh perkhidmatan dua tahun beliau berakhir pada 1 Mei, 2023.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia semalam, BPHB berkata Abdul Mutalib yang juga pemegang ijazah sarjana pentadbiran perniagaan Governors State University, Illinois, Amerika Syarikat, dilantik sebagai pengerusi bukan eksekutifnya pada 1 Mei, 2021.

Beliau sebelum itu adalah ketua pegawai eksekutif Perbadanan PR1MA Malaysia pada 2013 hingga 2019 dan menggalas tugas sebagai ketua pegawai eksekutif PR1MA Bhd pada 2012 hingga 2013.

“Abdul Mutalib juga pernah berkhidmat sebagai pegawai khas Menteri Kerja Raya pada 2009 hingga 2011; setiausaha politik Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (2004 hingga 2008); setiausaha politik Menteri Kewangan (2000 hingga 2004) dan naib presiden Chase Manhattan Bank (M) Sdn Bhd pada 1994-2000,” kata syarikat itu. – Bernama

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

6 Jun 2023

Berita Terbaru