Trending

Abg Jo berdepan calon PBK, Amanah dan PSB di Dun Gedong

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

GEDONG: Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berdepan tentangan daripada tiga calon di kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Gedong dalam Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12) yang akan diadakan pada 18 Disember ini.

Ia sekaligus menyaksikan pertandingan empat penjuru di kerusi yang pertama kali ditandingi oleh Ketua Menteri itu, yang sebelum ini menyandang kerusi Dun Satok selama sembilan penggal sejak 1981.

Selain Abang Johari, 71, daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS – PBB), tiga calon yang turut mempertaruhkan nasib mereka ialah Tomson Ango, 56, dari Parti Bumi Kenyalang (PBK), Kamal Bujang, 53, dari Parti Amanah Negara (Amanah) dan Mohamad Sofian Fariz Sharbini, 36, dari Parti Sarawak Bersatu (PSB).

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Bahagian Gedong, Abdul Khalid Manap mengumumkan pencalonan bagi kesemua calon pada jam 10.25 pagi di Pusat Penamaan Calon bagi Dun Gedong di Dewan Masyarakat Gedong.

Katanya Abang Johari mengemukakan kertas penamaan pada jam 9.02 pagi, Tomson pada jam 9.04 pagi, Kamal pada jam 9.11 pagi dan Sofian pada jam 9.14 pagi.

“Saya telah menyemak kertas penamaan dan setelah selesai disemak, saya berpuas hati dan memutuskan tiada calon ditolak kertas penamaan,” katanya.

Abdul Khalid mengumumkan pencalonan bagi Dun Gedong di Pusat Penamaan Calon bagi Dun Gedong di Dewan Masyarakat Gedong.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

10 Disember 2023

Berita Terbaru