ARTIKEL

Abg Jo nafi GPS setuju bantu BN bentuk kerajaan selepas PRU-15

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LAWAS: Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Abang Openg menafikan pihaknya sudah bersetuju untuk membantu Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Malah, Premier Sarawak itu menyatakan tidak mengetahui mengenai persetujuan bersama antara BN dan GPS untuk membentuk kerajaan seperti yang dinyatakan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

“Saya tidak tahu perkara itu, saya juga baru membacanya (laporan berita),” katanya kepada media selepas majlis perasmian Program Sarawakku Sayang di Long Tuma, di sini, hari ini.

Abang Johari ketika disambut sebaik tiba bagi merasmikan Program Sarawakku Sayang di Long Tuma, Lawas hari ini.

Justeru, beliau enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu, yang disifatkannya tiada apa-apa.

“Saya tidak mahu komen kerana ia tiada apa-apa, saya tidak tahu mengenai perkara itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ahmad bahawa BN yakin gabungan itu dapat membentuk kerajaan yang stabil selepas PRU-15 dibantu dengan sokongan daripada GPS.

Ahmad mendakwa perkara itu sudah dipersetujui dalam satu pertemuan pimpinan kedua-dua gabungan itu sebelum ini.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU