Abg Jo solat sunat Aidilfitri di rumah

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg tidak terkecuali mematuhi garis panduan yang ditetapkan, di saat menyambut syawal dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini.

Beliau hanya menunaikan solat sunat Aidilfitri di kediamannya bersama ahli keluarga, hari ini.

Tidak bersalam malah penjarakan sosial satu meter tetap diamalkan.

Abang Johari menunaikan solat sunat Aidilfitri di kediamannya dengan mematuhi garis panduan PKPB.

 

 

Suara Sarawak