ARTIKEL

ABOT

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
Fazly bungkam. Karya A. Affendi0937@Lekir

“Ayah.. Abot hilang!” jerit Fazly seperi orang gila.

Tubuhnya seperti lalang ditiup angin, ke kiri dan ke kanan mundar-mandir di depan tangga rumahnya.

Suaranya menyelinap masuk ke pintu dan tingkap kayu.

“Apa yang kaubisingkan ni Fazly?”

Pak Nusi memanjangkan leher dari mulut tingkap.

Matanya hinggap ke muka Fazly.

Tersembul otot di dada dan bahu orang tua itu.

Manakan tidak, hari-hari dia mengerjakan kandang lembu bersama Fazly Dan Sarah, anak kecil berusia 8 tahun.

“Abot tak ada, Abot dah hilang,” ulang Fazly dengan puluhan manik mula lahir di dahi dan membasahi pipinya yang berjerawat.

Pernah juga dahulu dia malu ke sekolah, diejek rakannya akibat jewarat batu membenjol di muka.

“Kau jangan main-main, dah ada orang bayar deposit untuk Abot,” muka Pak Nusi mula berubah.

Wajahnya seperti awan gelap yang ingin meludah bumi.

Uban-uban yang tumbuh pula menyerlahkan baju usia yang disarung sejak sekian lama.

Sarah memasang telinga dari mulut biliknya sambil matanya hinggap di kandang lembu terletak di hujung pagar berhampiran petak sawah di Kampung Singkir Laut.

Baca lain  SANGGAR PUISI

“Abot, kau mesti lari,” gesa Sarah pada lembu ayahnya.

“Kali ini ayah betul-betul nak jualkau,” mata Sarah memandang Abot dengan penuh kasihan sambil tangannya giat bekerja membuka tali di tiang.

Perlahan-lahan pintu kandang dibuka.

“Abot… Aku sayangkau, nanti lepas raya korban kaupulang ke kandang semula ya,” pesan Sarah pada Abot.

Kata-katanya pada Abot waktu senja semalam berputar dalam ingatan Sarah.

Pak Nusi mencapai kemeja lusuh dan meneruni tangga kayu dengan tergesa-gesa.

Matanya mencari-cari selipar jepun miliknya.

“Fazly, jom kita cari Abot sekarang,” ajak Pak Nusi pada anaknya yang baru mendapat keputusan SPM itu dengan bersungguh-sungguh.

“Abot tu yuran nak daftar universiti kau Fazly,” tambah Pak nusi sambil mencapai bungkusan rokok daun di tangga.

Tiba-tiba suara halus terbang dari kotak kayu bersegi empat berlangsir kelabu, “Sarah yang lepaskan Abot”.
Sarah mengarahkan matanya ke wajah Pak Nusi dan terus menunduk ke lantai kayu rumah pusaka itu.

“Sarah dengar ayah nak jual Abot, tapi ia kan kawan Sarah”.

Baca lain  Dhuyufurrahman

Sarah perlahan melepaskan kata-kata sambil tubuhnya masih berdiri tegak menghadap laman rumahnya yang dipijak ayah dan abangnya.

“Cikgu pesan, persahabatan tak ternilai dengan wang ringgit, tapi ayah nak jual kawan Sarah”.

Pak Nusi hanya merenung redup wajah Sarah.

BERITA LAIN

Selamat tinggal, perempuan berambut putih

CLAYTON ROBERT bertugas Sebagai Pembantu Penguat Kuasa di Majlis Daerah Serian di Serian, Sarawak. Karya beliau tersiar dalam pelbagai akhbar dan majalah termasuk Mingguan Malaysia,

Matinya presiden kami!

Seluruh jelata Asmaraloka dikejutkan dengan khabar liar yang berhembus sejak semalam itu. Semacam tidak percaya, rasanya baru seminggu lepas presiden mereka itu mendapat tepukan dan

Nukilan Effa Raifana

EFFA RAIFANA. Nama sebenar beliau ialah Nur Raifana Abdullah @ Deborra Michael. Kelahiran daerah Dalat, Sarawak. Berkhidmat di Jabatan Peguam Besar Negeri Sarawak. Bergiat aktif

Kilau Ramadan

Saat siang datang mewarnai kelaparan Betapa kemiskinan kian tumbuh di ladang Kilau ramadan menyamar lentik kehampaan Haus dan lapar mendayung saling menghayati setelah siang menuntut

Sanggar Puisi

HARUMAN RAMADAN Hirupan mewangi akrab bersama alunan suci Rempah taqwa membalut diri Ujian menahan nafsu Sepurnama Ramadan hadir Maghfirah diburu insani Mawaddah iqra itulah penyeri

Oyeng dan lelaki berwajah Bonoba

AWANG JOHARI JULAIHI menggunakan nama pena: Johari A. Julaihi, berasal dari Simunjan dan menetap di Kota Samarahan, Sarawak. Berpendidikan Ijazah Sarjana Muda Psikologi dengan Kepujian

BERITA TERBARU

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,