ARTIKEL

Acara bola sepak veteran bakal jadi acara tahunan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

USAHA menggalak gaya hidup sihat dalam kalangan individu berstatus veteran khususnya bidang sukan perlu diperhebat dari semasa ke semasa.

Pendekatan tersebut yang secara tidak langsung mampu membangkit semula keaktifan golongan sasar terhadap sukan yang diminati.

Timbalan Menteri Infrastruktur Dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datuk Ir Aidel Lariwoo menegaskan, amat bertepatan sekali dengan pengelolaan Kejohanan Bola Sepak Veteran Piala Datuk Ir Aidel Lariwoo 2023 yang melabuhkan tirainya hujung minggu lalu.

Beliau ketika berucap pada majlis penangguhan kejohanan anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKKK) Kampung Semera Lot, Kaslo FC dan PBB Ranting Semera Lot itu mahu menjadikannya sebagai acara tahun selepas ini.
“Kita melihat keaktifan golongan berstatus veteran ini bersemangat apabila bersukan, terutama dalam acara bola sepak.

“Oleh yang demikian, saya menyambut baik hasrat jawatankuasa penganjur untuk menjadikannya sebagai kejohanan tahunan,” ujar Aidel.

Menurut Aidel, kejohanan tersebut juga berjaya mewujudkan peranannya yang tersendiri.

“Dengan kata lain, penganjuran kejohanan itu pada setiap tahun secara tidak langsung dapat menjadi landasan merapatkan hubungan silaturahim antara semua pihak yang terlibat,” tambah Aidel lagi.

Terdahulu, beliau memuji usaha dilakukan jawatankuasa pengelola atas kejayaan menganjurkan kejohanan itu.

Katanya, walaupun ia julung kali dianjurkan oleh jawatankuasa terbabit namun sambutannya cukup membanggakan
.

Aidel yang juga ADUN Sadong Jaya mengakui, kejohanan yang bermula 18 November lalu telah disertai 32 pasukan. Berakhir saingan menyaksikan pasukan Tedong Melancar FC berjaya merangkul gelaran juara.

Menumpaskan N.21 Tebedu FC (2-0) pada perlawanan akhir yang berlangsung di padang bola sepak Kampung Semera Lot, Sadong Jaya .

Bekas penyerang prolifik Sarawak, Zamri Morshidi dan bintang sensasi DBKU, Masrijan Nen muncul wira Tedong Melancar FC apabila masing-masing menjaringkan gol minit ke-22 dan 35.

Kejayaan itu membolehkan barisan pemain Tedong Melancar FC membawa pulang wang tunai RM3,000 beserta piala dan pingat.
Sambil wang tunai RM2,000 selain piala dan pingat diterima pemain N.21 Tebedu FC selaku naib juara.

Penyerang Tedong Melancar FC, Zamri Morshidi dipilih sebagai penerima anugerah Pemain Terbaik perlawanan akhir.

Manakala, ketua pasukan N.21 Tebedu FC, Danny Cliffson mencatat nama selaku penjaring terbanyak (6 gol).

Kedua-dua pemain terbabit menerima wang tunai.
Dalam pada itu, pasukan Lariwoo Vet dan AWS FC yang tewas diperingkat separuh akhir masing-masing menerima wang tunai RM1,000 termasuk piala dan pingat selaku pemenang tempat ketiga bersama.

LAIN-LAIN BERITA

Senarai muktamad pemain diketahui bulan Mei

KUCHING: Senarai muktamad pemain skuad sepak takraw lelaki yang akan mewakili Sarawak di temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI 2024 akan diketahui penghujung bulan Mei nanti.

Hannah harap Tze Yong sempat sembuh

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh menaruh harapan agar pemain badminton perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, sempat sembuh sebelum tempoh kelayakan Sukan

Tun Taib pencetus muaythai Sarawak

KUCHING: Mantan Yang di-Pertua Negeri, Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, 87, memberi implikasi cukup hebat dalam dunia sukan Sarawak. Terutama sukan tempur jarak

BERITA TERBARU

162 kluster SPOC terima persijilan MSPO

KENINGAU: Sebanyak 162 Kluster Minyak Sawit Mampan (SPOC) melibatkan 177,355 pekebun kecil sawit persendirian (PKP) berjayamemperoleh Persijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) di bawah seliaan

Anak lambat bercakap

ANAK saya belum bercakap. Kenapa si kecil saya tidak bercakap? Berapa banyak perkataan yang sepatutnya dikeluarkan oleh kanak-kanak berumur dua tahun? Gejala anak lambat bercakap

Rayuan ibu Navalny dapat perhatian

MOSCOW: Sebuah mahkamah di Rusia, Far North bakal mendengar kes pada bulan depan yang dibawa oleh ibu kepada pemimpin pembangkang, Alexei Navalny, yang dihalang daripada

M’sia, Kanada perkukuh kerjasama pertanian

KUCHING: Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPK), Datuk Arthur Joseph Kurup menerima kunjungan kehormat daripada Menteri Pertanian dan Agrimakanan Kanada, Lawrence MacAulay pada Selasa,