ARTIKEL

Acara Industry Connect pemangkin PKS dalam sektor minyak, gas dan tenaga

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Penganjuran acara penghubung industri (Industry Connect) yang julung kali diadakan melalui kerjasama Petroleum Sarawak (PETROS) dan Persekutuan Perniagaan Sarawak (SBF) akan menjadi pemangkin dalam menyokong peniaga kecil dan sederhana (PKS) Sarawak dalam merebut peluang dalam industri minyak dan gas serta tenaga.

Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Dr Hazland Abang Hipni berkata, PETROS dapat membangunkan strategi yang betul untuk meningkatkan penyertaan kontraktor Sarawak dalam sektor tenaga.

Beliau berkata, acara tersebut bertujuan untuk berkongsi peranan PETROS dalam pengurusan sumber minyak dan gas di Sarawak serta projek masa depan yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

Dr Hazland dan Abang Abdul Karim merakam gambar bersama-sama tetamu dan peserta acara Industry Connect.

“Ini merupakan peluang yang tersedia untuk komuniti perniagaan tempatan, terutamanya yang berada dalam bidang minyak dan gas serta tenaga,” katanya semasa berucap pada majlis penutupan acara Industri Connect di sebuah hotel di sini, pada Jumaat.

Dr Hazland menambah, Pelan Hala Tuju Gas Sarawak (SGR) akan menyediakan akses yang lebih baik kepada pembangunan gas mampu milik dan mampan dengan inisiatif seperti Sistem Paip Maya (VPS) membolehkan akses kepada gas walaupun di kawasan paling terpencil.

“Begitu juga, Projek Loji Kuasa Turbin Gas (CCGT) Miri dan saluran paip Samalaju akan membuka jalan, dan akhirnya memanfaatkan potensi Miri dan Samalaju, memacu pertumbuhan dan kemakmuran tambahan,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut mengucapkan tahniah kepada PETROS dan SBF atas kerjasama dan kejayaan acara pertama ini dan berharap dapat melihat lebih banyak program sedemikian pada masa hadapan.

Beliau berkata acara seumpama ini perlu dicontohi, kerana komunikasi yang terbuka dan jujur merupakan kunci untuk mendorong Sarawak ke hadapan sekali gus, mencapai sasaran dalam Strategi Pembangunan Pasca Covid (PCDS) 2030.

BERITA LAIN

280 individu sertai Larian Amal Rakyat 2.0

KUCHING: Seramai 280 individu telah menyertai program Larian Amal Rakyat 2.0 yang berlangsung semalam. Program larian tersebut anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah

BERITA TERBARU