HSL berbuka puasa bersama pengamal media di Sarawak.

Acara kira detik tahun baharu 2023 di Tebingan Kuching 31 Disember ini

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
TERUJA...Abdul Karim (empat kiri) dan Setiausaha Tetap Kementerian Hii Chang Kee (empat kanan) mempamerkan poster acara kira detik tahun baharu 2023
TERUJA…Abdul Karim (empat kiri) dan Setiausaha Tetap Kementerian Hii Chang Kee (empat kanan) mempamerkan poster acara kira detik tahun baharu 2023

KUCHING: Program kira detik (countdown) Tahun Baharu 2023 bertemakan ‘jom raikan bersama’ akan diadakan di Tebingan Kuching pada 31 Disember ini, kata Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Menurutnya, program anjuran Majlis Kesenian Sarawak (MSS) itu dijangka berlangsung meriah setelah hampir dua tahun tidak dilaksanakan secara fizikal akibat pandemik Covid-19.

Acara akan bermula awal pagi dengan pelbagai aktiviti menarik seperti persembahan muzikal dan seni persembahan, diikuti acara kemuncak pada malam tersebut menampilkan artis popular Malaysia seperti Zeppo Youngsterz, kumpulan Wings dan Datuk Wan Aishah Wan Ariffin.

“Kita telah melalui tahun yang hebat pada 2022 dengan meneruskan momentum kemenangan besar Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN-12) diikuti Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang berlaku tidak lama selepas itu.

“Kita telah melakukannya dengan baik, jadi semestinya kita mahu menutup tahun 2022 dengan megah dan memutuskan untuk mengadakan program tersebut secara fizikal bersama-sama Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada hari tersebut.

Sehubungan itu, beliau juga mengingatkan rakyat Sarawak yang menghadiri program secara fizikal kelak agar menjadi warga yang bertanggungjawab.

“Saya ingin menyeru orang ramai agar lebih bertanggungjawab dan menjadi seperti warga Jepun pada Piala Dunia, membersihkan stadium apabila pasukan kebangsaan mereka tamat bermain.

“Jadi, sila jadi warganegara yang bertanggungjawab, kutip dan buang sampah ke dalam tong yang disediakan. Tolong jangan buang sampah merata-rata tempat kerana saya percaya terdapat banyak tong yang disediakan.

“Saya juga ingin menyeru rakyat Sarawak yang tinggal di Kota Samarahan dan Lundu untuk datang beramai-ramai menyertai acara itu nanti bagi memeriahkan lagi acara pada malam tersebut,” katanya.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

2 April 2023

Berita Terbaru

Menjinak AI

PAKAR fizik Oxford Stephen Hawking yang terkenal dengan tesis lubang