ARTIKEL

Kredit: BERNAMA

Acara pertukaran budaya China-Serbia diadakan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BELGRADE: Sesi pertukaran kebudayaan China-Serbia anjuran bersama Kumpulan Media China (CMG) dan Radio Televisyen Serbia (RTS) diadakan di sini pada Selasa lepas sempena lawatan negara Presiden China, Xi Jinping, ke negara itu.  

Timbalan Perdana Menteri Serbia, Aleksandar Vulin, ketika berucap pada majlis pelancaran sesi itu, berkata sejak ikatan diplomatik China-Serbia terjalin lebih 60 tahun dahulu, persahabatan dalam kalangan rakyat kedua-dua negara berkembang baik dan semakin kukuh manakala hubungan dua hala semakin ditingkatkan melalui pertukaran rakyat dengan rakyat. 

“Serbia bersedia bersama-sama media dari China, termasuk CMG, merapatkan komunikasi dan kerjasama, menyebarkan cerita mengenai kerjasama yang saling menguntungkan kedua-dua negara, dan mengekalkan trend perkembangan hubungan perkongsian strategik komprehensif kedua-dua negara,” kata Vulin.

Presiden CMG, Shen Haixiong ,pada majlis itu berkata pada tahun-tahun kebelakangan ini, CMG telah mengadakan kerjasama dengan beberapa media arus perdana dari Serbia, bersama menerbitkan program dokumentari serta mengadakan “musim tayangan program China” di negara itu. 

“CMG akan bekerjasama lebih erat dengan Jabatan Perhubungan Media Istana Presiden Serbia, akhbar, radio dan televisyen Serbia dalam bidang yang lebih luas. 

“Kami berharap saluran pertukaran kebudayaan kedua-dua negara dapat diperluas lagi bagi menyuntik momentum baharu kepada komuniti berkongsi nasib China-Serbia,” kata Shen. – BERNAMA

BERITA LAIN

Mokhber presiden sementara

TEHRAN: Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran Ayatollah Seyyed Ali Khamenei mengisytiharkan selama lima hari tempoh berkabung awam berikutan kematian Presiden Ebrahim Raisi dan rombongannya dalam

Periksa syarikat produk rempah tercemar

MUMBAI: Lembaga rempah kerajaan India telah melakukan pemeriksaan kilang ke atas dua syarikat pengeluar rempah terkemuka berikutan larangan asing susulan tuduhan beberapa produk telah dicemari

Sekolah di Pakistan ditutup 7 hari

ISLAMABAD: Berikutan peningkatan suhu dan gelombang haba di wilayah Punjab, timur Pakistan, semua sekolah awam dan swasta akan ditutup selama tujuh hari dari 25 hingga

BERITA TERBARU

RM35,000 untuk ganti paip graviti lama

PAKAN: Sejumlah RM35,000 telah diperuntukkan kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Entaih bagi membeli dan menggantikan batang paip graviti lama sekolah tersebut untuk kegunaan seharian mereka.