ARTIKEL

Dr Abdul Rahman (kanan) memotong daging sempena Majlis Ibadah Korban anjuran Pertubuhan Kebajikan Pekerja Islam Sarawak Energy di Tebingan Sungai Boyan Gersik Sourabaya di sini, hari ini.

Acara rasmi naikkan bendera Ibu Pertiwi dilaksana setiap Ahad pertama setiap bulan bermula 27 Julai

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Acara rasmi menaikkan bendera gergasi Sarawak, Ibu Pertiwi yang terletak di Dataran Ibu Pertiwi, bakal dijadikan program bulanan bermula Ogos depan sebagai usaha merancakkan sektor pelancongan di negeri ini.

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, berkata acara yang akan dilaksanakan pada setiap hari Ahad pertama setiap bulan itu terbuka untuk disaksikan orang ramai.

“Sempena bulan sambutan Hari Sarawak yang jatuh pada tanggal 22 Julai, seminggu selepas itu iaitu pada 27 Julai, Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) akan mengadakan acara rasmi menaikkan serta mengibar bendera gergasi Ibu Pertiwi.

“Acara yang julung kali diadakan ini bakal disempurnakan oleh Premier, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, bermula jam 8 pagi yang akan disusuli dengan program Hari Bebas Kenderaan Kuching,” katanya.

Dr Abdul Rahman, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai, berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Ibadah Korban anjuran Pertubuhan Kebajikan Pekerja Islam Sarawak Energy di Tebingan Sungai Boyan Gersik Sourabaya di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, ujarnya, pemilihan tarikh 27 Julai itu adalah sempena penganjuran Hari Bebas Kenderaan Kuching dan merupakan antara perancangan dalam tempoh enam bulan DBKU.

“Selepas acara menaikkan bendera itu kelak, para tetamu kehormat termasuk Premier akan berjalan kaki dari Dataran Ibu Pertiwi, menaiki Jambatan Darul Hana, seterusnya menuju ke Padang Merdeka.

“Selepas itu acara itu akan dijadikan program rasmi pada setiap hari Ahad pertama, setiap bulan.

“Dalam pada itu, kita juga akan menjemput orang ramai, ketua masyarakat dan ketua kaum, termasuk pelancong, untuk menyaksikan keunikan program tersebut,” ujarnya.

Tambahnya, inisiatif tersebut merupakan usaha menjadikan Kuching sebagai tempat tarikan pelancong, sekali gus merancakkan lagi industri pelancongan negeri ini.

“Pendekatan yang sama ini juga dilaksanakan di beberapa bandar popular dunia yang lain dan ia berjaya menjadi tarikan pelancong,” ujarnya.

Untuk rekod, bendera Ibu Pertiwi sepanjang 25 meter dan selebar 12.5 meter adalah antara mercu tanda utama Kuching, susulan tiang benderanya setinggi 99 meter merupakan yang tertinggi di Asia Tenggara serta dicatatkan dalam Malaysia Book of Records (MBOR).

Projek pembinaan tiang yang menempatkan bendera itu adalah sumbangan daripada syarikat Petroleum Sarawak Bhd (PETROS), Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) dan Shell Malaysia (Shell) dengan kos sebanyak RM30 juta.

Ia siap dibina pada 17 Jun 2023 dan dirasmikan pada 1 Januari 2024.

BERITA LAIN

Rujuk status tanah sebelum buat rumah

BINTULU: Penduduk khususnya di rumah panjang perlu merujuk status tanah kepada agensi berkaitan terlebih dahulu, sebelum mendirikan perumahan baharu di kawasan yang dikenal pasti. Menteri

Polis lumpuh sindiket gula-gula getah dicampur dadah

KUALA LUMPUR: Polis melumpuhkan sindiket pengedaran gula-gula getah dicampur dadah dengan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM5.02 juta dalam serbuan berasingan di Cheras dan Seri Kembangan, semalam.Pengarah

BERITA TERBARU