ARTIKEL

ADUN SIMUNJAN ..Awla Dris.

Acara sukan tradisional Julai ini bakal curi tumpuan ramai

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIMUNJAN: Acara sukan tradisional antara pengisian program sempena Pesta Ujud Edisi Ke-4 2024 yang akan berlangsung di tebingan sungai Kampung Kelka, Simunjan bermula dari 13 hingga 22 Julai ini.

Di samping pelbagai acara lain yang turut berlangsung sama untuk program yang berstatus nostalgia bagi warga Daerah Simunjan itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.25 Simunjan, Awla Dris memberitahu, antara acara sukan tradisional yang akan dilangsungkan kelak ialah lawan pukul bantal atas titi (batang khas), memanjat tiang licin, melontar buah kelapa, tarik tali dan menyumpit.

“Aktiviti nostalgia lainnya seperti memancing ikan, mento senek (menangkap anak udang), ngukur nyiur (memarut kelapan cara tradisional), nutuk beras (menumbuk beras cara tradisional) serta banyak lagi,” katanya kepada Arena Suara Sarawak.

Menurut Awla, kemuncak sambutan Pesta Ujud Ke-4 pada 22 Julai yang turut menghimpun pelbagai aktiviti mencakupi dua masa berbeza iaitu siang dan malam.

“Lebih menarik, program anjuran kali ini cuba menampilkan satu kelainan.

“Antara pengisian program termasuk pertandingan fesyen , pertandingan karaoke serta pelbagai acara lain.

Katanya, penganjuran kembali pesta itu untuk memeriahkan sambutan sempena ulang tahun Ke-61 Kemerdekaan Sarawak.

IMBAS KEMBALI…Acara lawan pukul bantal atas titi sering kali mencuri tumpuan.

BERITA LAIN

Larian Hari Sarawak di Binatngor

BINTANGOR: Orang ramai dipelawa menyertai Larian Hari Sarawak sempena sambutan Sarawak Merdeka Peringkat Daerah Bintangor, pada 22 Julai ini. Acara itu dijangka kehadiran lebih 800

Persiapan SUKMA 2024 capai lebih 90 peratus

KUCHING: Persiapan bagi penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 yang akan berlangsung di Sarawak pada Ogos ini sudah mencapai lebih 90 peratus. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)

BERITA TERBARU